MYKAMS D'Mindaku
10 Nov
Jika anda merupakan usahawan internet, saya pasti anda tahu betapa pentingnya penggunaan minisite bagi menghasilkan jualan.
Namun begitu, ramai yang menghadapi masalah untuk membina minisite kerana mereka tidak mengetahui perkara asas seperti.
# HTML dan CSS
Buat pengetahuan anda, asas pembinaan minisite bergantung pada pemahaman anda tentang HTML dan CSS.Walaupun ramai yang sedar tentang perkara ini, namun hanya segelintir orang sahaja yang dapat membina minisite mereka sendiri.
Bagaimana pula dengan yang lain?
Mereka terpaksa melaburkan wang sebanyak RM100 hingga RM300 untuk mengupah pereka laman web untuk menyediakan minisite.Berita buruknya, kebanyakkan pereka minisite ini tidak akan membantu dalam bahagian teknikal yang lain seperti pemasangan dan proses muat naik minisite.
Sekali lagi anda dalam dilema…
Sebab itu berani saya katakan bahawa 95% usahawan internet gagal kerana mereka tidak mempunyai kemahiran asas berkenaan laman web.
Bagaimana untuk anda mengekang masalah ini?
Buat pengetahuan anda, kita semua bernasib baik kerana terdapat golongan usahawan yang mempunyai inisiatif untuk mencipta sebuah sistem.
Sistem yang dapat membantu mereka yang ZERO’ dalam pembinaan minisite.
Jika anda ingin tahu maklumat lanjut, boleh klik pada pautan di bawah:
Secara peribadi, saya amat syorkan sistem ini jika anda ingin menjimatkan masa, wang dan tenaga bagi mencipta minisite.
Jumpa lagi.
2 Aug

Anda telahpun diperkenalkan dengan Rahsia Maklumat Pelanggan dalam blog post sebelum ini. Secara ringkasnya, di sini saya akan terangkan apakah dia Rahsia Maklumat Pelanggan ini.
Rahsia Maklumat Pelanggan ini juga adalah satu sistem mudah perniagaan yang boleh membantu perniagaan anda ‘Memaksimumkan Penggunaan Maklumat Pelanggan’ untuk mendapat pendapatan berulang-ulang dari pelanggan-pelanggan anda dengan kos yang murah.
Selain dari mengurangkan perangkap konsep ‘Kais Hari Makan Hari’ dalam perniagaan anda, Rahsia Maklumat Pelanggan akan memberi pendedahan dan membantu anda untuk mengurangkan 9 masalah yang sering melanda perniagaan yang baru bermula atau perniagaan yang anda sedang jalankan.
Apakah 9 masalah yang dimaksudkan itu? Ianya adalah:
1. Kos promosi dan pengiklanan yang mahal sedangkan modal perniagaan terhad.
Inilah masalah utama yang sering dihadapi oleh ramai peniaga dan usahawan sehingga ianya mengganggu modal operasi perniagaan mereka. Ianya menyebabkan dilema yang berterusan dan menyakitkan peniagan dan usahawan kerana pengiklanan adalah pelaburan hangus. Pulangannya belum tentu.
2. Anda terperangkap dalam keadaan melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali dalam mencari dan menyediakan maklumat prospek dan pelanggan untuk membuat promosi dan jualan.
Dalam perniagaan, masa adalah wang. Bagi perniagaan kecil atau SOHO, kerja-kerja admin perlu dikurangkan kerana masa yang ada mesti diperuntukkan untuk membuat jualan dan mengurus pelanggan. Tiada jualan atau pelanggan, tiada cashflow!
3. Anda mengambil masa yang lama untuk melancarkan promosi dan jualan dengan lebih pantas berbanding pesaing-saing anda.
Dalam perniagaan, anda perlu membuat tawaran, menghadapi persaingan dan bertindakbalas terhadap counter attack dari pesaing-pesaing anda. Terutama apabila anda mempunyai produk-produk baru yang masih belum dijual oleh pesaing-pesaing anda. Lebih awal bermakna lebih peluang anda untuk menjana pendapatan.
4. Anda perlu track promosi dan pengiklanan mana yang memberi paling banyak maklumbalas (response). Dengan ini, anda boleh mengelakkan melakukan pembaziran kerana salah promosi.
5. Anda tiada idea bagaimana anda boleh menggandakan jumlah maklumat prospek dan pelanggan untuk perniagaan anda dengan pantas dengan kos yang paling murah, malah secara percuma sahaja.
6. Anda hilang punca bagaimana anda boleh menggandakan pusingan jualan dengan konsisten menyebabkan peratus kejayaan mendapat order lebih tinggi. Lebih promosi, lebih jualan.
7. Anda buntu bagaimana anda boleh mengurangkan kehilangan pelanggan dan keuntungan dalam jangkamasa panjang.
8. Anda tidak mempunyai satu sistem mudah bagaimana anda dapat menjana pendapatan dari pelanggan anda yang sama berulang-ulang kali.
9. Anda terkejar-kejar mencari prospek dan pelanggan baru setiap masa. Inilah yang akan meningkatkan kos perniagaan anda.
Seperti yang saya telah katakan sebelum ini, inilah senjata perniagaan yang masih kurang persaingannya dan masih kurang diamalkan oleh banyak perniagaan kecil dan SOHO.
Hanya kesedaran anda terhadap kepentingan maklumat pelanggan inilah yang akan mengubah nasib perniagaan anda.
20 Jul
Anda pasti bersetuju jika saya katakan yang memulakan, membina dan meneruskan operasi perniagaan adalah tiga usaha dalam perniagaan yang tidak semudah seperti dinyatakan dalam pelan perniagaan anda. Ini kerana terdapat begitu banyak rintangan-rintangan dalam perniagaan yang boleh melembabkan atau boleh menguburkan perniagaan anda.
Selain dari faktor-faktor sumber modal kewangan, latihan atau pemilihan lokasi perniagaan (atau kedai), terdapat bermacam-macam lagi faktor-faktor yang menentukan hidup mati perniagaan anda.
Contoh yang sering kita lihat, baca atau dengar:
Harian Metro, 31hb Julai 09, melaporkan – rayuan penjaja, ‘Kembalikan Punca Rezeki’. Penjaja rayu XXXXX buka semula tapak pasar malam di Jalan XXXXXXX. Menurut jurucakap penjaja, penjaja pasar malam di situ hilang punca pendapatan apabila pasar malam ditutup atas alasan kerja membina serta melebarkan jalan.
Seorang peniaga di Uptown, asyik termenung sahaja tiap-tiap hari kerana tidak dapat berniaga kerana tiap-tiap hari hujan turun.
Seorang usahawan herba terpaksa menghabiskan ribuan RM setiap bulan membayar sewa tapak ekspo atau pameran untuk membuat jualan. Tiada tapak ekspo, kuranglah pendapatan.
Seorang pengusaha kursus perkahwinan pula terpaksa menghabiskan beribu-ribu RM setiap bulan mengiklan di akhbar untuk mendapatkan peserta-peserta kursus. Tanpa pengiklanan di akhbar (yang memang terkenal dan mahal) tersebut, semakin susutlah peserta kursus setiap minggu.
Dari contoh-contoh di atas, sebagai seorang peniaga atau usahawan, anda perlu mengurangkan jerat konsep ‘Kais Hari Makan Hari’ dalam perniagaan anda.
Tetapi bagaimanakah caranya anda boleh mengurangkan jerat konsep ‘Kais Hari Makan Hari’ dalam perniagaan anda?
Sebenarnya terdapat pelbagai strategi dalam perniagaan yang boleh mengurangkan kebergantungan perniagaan terhadap konsep tadi. Bagaimanapun, terdapat satu strategi perniagaan telah menjadi senjata utama syarikat-syarikat besar sejak sekian lama. Mereka mengaut pendapatan dan keuntungan saban tahun hanya dengan senjata ini. Ianya adalah:
‘Memaksimumkan penggunaan maklumat prospek dan pelanggan!’
Rahsia Maklumat Pelanggan
Inilah senjata perniagaan yang masih kurang persaingannya dan masih kurang diamalkan oleh banyak perniagaan kecil dan SOHO. Bunyinya agak susah, tetapi Rahsia Maklumat Pelanggan akan menunjukkan pada anda bagaimana anda boleh mula mengamalkannya dengan mudah dan pantas.
Rahsia Maklumat Pelanggan sebenarnya adalah satu sistem mudah bagaimana anda boleh mengurus dan memaksimumkan penggunaan maklumat prospek dan pelanggan anda supaya anda dapat mengecapi pendapatan perniagaan berulang-ulang tanpa terperangkap dalam konsep ‘kais hari makan hari’dan dengan kos yang murah. Sesiapa sahaja boleh melakukannya.
klik disini untuk mendapatkannya :
Rahsia Maklumat Pelanggan
Tidak mahukah anda mengikuti jejak langkah syarikat-syarikat besar yang telah berjaya menjana pendapatan sebegini?
Rahsia Maklumat Pelanggan sedia membantu anda. Rahsia Maklumat Pelanggan
26 Apr

Pasti anda akan lebih mudah dan senang apabila membuat sebarang urusan / transaksi dengan BukuPopular.com.
Nantikan kemunculan perubahannya!!!
Yoshhhh…